Aidil Dedah Sikap Sebenar Rita Yang Tak Layak Terima Tuntutan RM300 Ribu
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/aidil-dedah-sikap-sebenar-rita-yang-tak.html
Sekitar Ogos tahun lalu pelakon Rita Rudaini menerusi peguamnya memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 terhadap bekas suami, Aidil Zafuan.
Namun menerusi perbicaraan petang semalan, Aidil mengakui tidak mampu membayar tuntutan mutaah tersebut sambil menyifatkan Rita tidak layak menerimanya atas beberapa sebab.
1. Rita tak terima ibu bapa Aidil
Menurut Aidil sepanjang perkahwinan mereka, Rita tidak pernah mengikuti pulang ke rumah ibu bapanya.
Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa.
2. Ibu bapa Aidil perlu ke Damansara jika mahu bertemu cucu
Tambah Aidil lagi, Rita turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.
Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri.
3. Gagal laksana tanggungjawab isteri dengan baik
Pada masa sama Aidil mendakwa Rita gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik. Kebanyakan kerja rumah dilakukan oleh pembantu rumah
Rita jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjaya. Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga.
4. Hebah soal rumah tangga di media
Tambah Aidil, Rita sering mendesaknya dan menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.
Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya. Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin.
5. Aidil tanggung nafkah anak mereka
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA