INFO MENARIK!!

Akhirnya Yana FMC Dan Rakannya Didakwa


Dua pemandu lelaki dan wanita, masing-masing berusia 31 dan 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada jam 9 pagi.

Dua pemandu Perodua MyVi yang didakwa bertanggungjawab menyebabkan kematian tiga beranak dalam insiden kemalangan di Lebuhraya Damansara Ulu Klang (DUKE), awal pagi Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Jumaat.

Ia disahkan Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, lapor Harian Metro.

Dua pemandu itu masing-masing lelaki berusia 31 tahun dan wanita berusia 35 tahun akan dihadapkan ke mahkamah pada jam 9 pagi.

Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi Sabtu lalu, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan maut di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Setakat ini, 11 orang sudah dirakam keterangan termasuk dua pemandu berkenaan dan saksi utama kejadian.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 6204284821885792215

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item