INFO MENARIK!!

KISAH BENAR: Anak Hampir Diculik Di Jusco Maluri


Gambar seorang wanita usia 30'an tersebar di laman sosial dengan dakwaan cuba menculik anak kepada seorang wanita di Jusco Maluri. 

"Dia hampir berjaya culik anak saya di Jusco Maluri. Dia mengekori kami dalam jarak yang sangat dekat. Saya pegang anak saya ketat dan rapat, namun wanita itu masih mengekori kami.

"Saya minta bantuan dari pengawal keselamatan. Wanita itu mengaku yang anak saya adalah anak dia. Saya cabar dia bawa kes ke balai polis, lalu dia pergi meninggalkan kami serta merta," kata seorang mangsa yang dimuat naik oleh laman Cara Mudah Pakai Tudung.

Walau bagaimanapun, tampil seorang wanita yang mendakwa saudara 'bau-bau bacang' suspek menafikan dakwaan tersebut.

"Saya ada sedikit pertalian darah dengan kakak ini amat tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan. Apatah lagi jika adik kandungnya sendiri yang baca. Tak salah ambil langkah keselamatan, jagan anak masing-masing. Tetapi kenyataan ini serba sedikit menganggu perasaan keluarganya sendiri.

"Setahu saya, kakak ini memang ada masalah mental, fikiran terganggu mungkin disebabkan ibunya telah meninggal, anak kandungnya pula diambil oleh keluarga mertua selepas bercerai dengan suami dan lain-lain masalah peribadi wallahualam. 

"Kemungkinan kes ini terjadi sebab rindu sangat pada anaknya. Kalau betul sindiket, mungkin dia dah di publish wanted," katanya menjelaskan bagi pihak wanita dalam gambar yang tersebar.

Meskipun begitu, netizen menasihatkan jika ada saudara mara yang mempunyai masalah mental seperti ini, elok dijaga dengan baik dan jangan sesekali dibiarkan keluar dari rumah tanpa pengawasan ahli keluarga. Bimbang akan mencederakan orang awam.

Apa-apa pun, berhati-hatilah dan jaga anak anda ketika berada di tempat awam.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 5249886367649342631

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item