INFO MENARIK!!

Gadis Buat Laporan Polis Kerana Terima Ancaman Rogol Oleh Pegawai Polis

Maisara Amira adalah seorang daripada 23 belia ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas keterangan diambil. – Gambar TMI

Satu-satunya wanita antara 23 yang ditahan kerana terlibat dalam himpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur awal bulan ini, membuat laporan polis mendakwa beliau diugut akan dirogol oleh seorang anggota polis sebelum dibebaskan Selasa lalu.

Maisara Amira, 21, yang ditahan reman 4 hari bersama belia lain, membuat laporan di ibu pejabat polis Petaling Jaya pada jam 4.30 petang Jumaat lalu, ditemani bapanya dan seorang peguam.

“Dia menerima ancaman rogol dari salah seorang pegawai polis apabila dia diminta memberi keterangan ketika dalam tahanan; dia diugut demikian sekiranya tidak mahu bekerjasama,” peguamnya Nik Zarith Nik Moustpha memberitahu The Malaysian Insider.

Nik Zarith berkata kejadian itu didakwa berlaku di ibu pejabat polis Dang Wangi pada 5 Mei, beberapa jam sebelum Maisara dibebaskan pada hari sama.

“Ia terjadi pada jam antara 11.30 pagi dan 1.30 tengahari, semasa disoal oleh seorang pegawai polis.

“Ketika disoal itu, dia memilih untuk berdiam diri dan pegawai itu cuba mendapatkan maklumat daripadanya… pegawai polis itu menyebut kata-kata itu,” katanya, sambil menambah, pada mulanya seorang pegawai polis wanita mengiringi Maisara semasa sesi itu tetapi dia kemudiannya diminta meninggalkan mereka.

“Dia (Maisara) tidak tahu nama pegawai (polis lelaki) itu, dia tidak memakai uniform,” katanya.

Katanya, Maisara kini trauma dengan insiden itu.

“Ini satu perkara yang sangat serius kerana ia melibatkan maruah seorang wanita dan ia berlaku ketika dalam tahanan polis.

“Kami mahu polis melakukan siasatan, dan kami tidak mahu pasukan yang sama melakukannya kerana ia melibatkan ugutan jenayah oleh seorang pegawai terhadap seorang tahanan,” kata Nik Zarith.

Kesemua 23 belia itu dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa selepas keterangan mereka diambil.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 332315181229955855

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item