Ketahui Hukum Buat Kad Kahwin Bercetak Ayat Suci Al-Quran
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/ketahui-hukum-buat-kad-kahwin-bercetak.html
Sekadar Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi S.A.W pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata tindakan tersebut juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
"Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya," katanya.
Othman berkata, pihak yang terbabit meletakkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin mungkin berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain.
Bagaimnapun, katanya, perbuatan sedemikian patut dielakkan.
"Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya sahaja," katanya.
Sekadar Gambar Hiasan
Beliau juga berkata, pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat-ayat tersebut dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan-bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Beliau berkata, pelupusan bahan penerbitan yang mengandungi ayat al-Quran sepatutnya dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, seorang pembuat kad perkahwinan, Mohd Natasha Md Nasir, berkata pihaknya sentiasa menasihatkan pelanggan yang ingin mencetak istilah suci termasuk Bismillah supaya tidak berbuat demikian.
"Kalau ada pelanggan yang hendak cetak Assalamualaikum dalam tulisan jawi pun kita tak galakkan, sebaliknya kita cadang supaya ditulis dalam tulisan rumi sahaja," katanya.
Seorang lagi pembuat, Nor Azli Masrudin berkata pihaknya akan turut menerangkan kepada pelanggan mengenai pro dan kontra mencetak kalimah suci pada kad jemputan kahwin.
"Kita akan sediakan format standard, tapi kalau pelanggan nak juga cetak kalimah suci kita kena ikutlah," katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA