INFO MENARIK!!

Lelaki Dicungkil Mata, Potong Telinga Kerana Simbah Asid

Mangsa simbah asid di Iran Dr Ameneh Bahrami memaafkan pelakunya pada tahun 2011 namun dalam laporan terbaru semalam seorang lelaki dikenakan hukuman ‘mata dibalas mata’ kerana meyimbah asid – Foto Lluis Gene/AFP

IRAN TEHERAN – Seorang lelaki yang terbukti bersalah menyimbah seorang lelaki dengan menggunakan asid dijatuhkan hukuman pencungkilan mata oleh sebuah mahkamah di Iran.

Pesalah yang hanya dikenali bernama Hamid itu tak hanya dicungkil matanya namun satu telinganya akan dipotong setelah terbukti menyiram cairan asid ke wajah Davoud Roushanaei yang mengakibatkan wajah lelaki itu hancur.

Mahkamah menjatuhkan hukuman pencungkil mata kiri Hamid pada 3 Mac lalu setelah terbukti melakukan serangan cairan asid terhadap Roushanaei di kota Qom pada Ogos 2009.

Akhbar Iran Hamshahri melaporkan Hamid diupah keluarga isteri mangsanya. Namun, pelaksanaan eksekusi pencungkilan mata ditunda hingga waktu yang belum ditentukan.

Bersamaan dengan hukuman pencungkilan mata itu, mahkamah memerintahkan Hamid untuk membayar diyat atau wang darah untuk korban dan harus menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.

“Menghukum seorang pesalah dengan cara membutakannya merupakan sebuah kekejaman dan satu perbuatan yang mengejutkan,” ujar pegawai Amnesty International Raha Bahreini.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 7706677720856603349

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item