INFO MENARIK!!

Luahan Hati Mamat Yang Rindukan Kumpulan Sepah


Pelawak dan penyampai radio Ultra FM, Mamat atau nama sebenar Mohd Noor Murad akui rindukan keindahan dan kemesraan kumpulan Sepah dan hanya berserah kepada takdir sekiranya berpeluang untuk disatukan semula.

Bagi Mamat, kumpulan Sepah merupakan hasil gabungan ideanya bersama Jep sebelum mencari seorang ahli lain iaitu Shuib untuk menambahkan lagi seri kumpulan lawak itu.

“Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing.

“Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir,” ujar Mamat

Mamat yang ditemui media di Majlis Pelancaran Konsert Lagenda Jelajah Rock turut memberitahu walaupun kini bersendirian tetapi rasa amat bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Nya.

“Saya pada mula itu, ada rasa terkilan, sedih dan pelbagai lagi perasaan setelah berkeputusan tidak bersama dengan Sepah, tetapi itu semua adalah dugaan yang buatkan diri saya lebih matang.

“Pelbagai tawaran masih lagi saya terima, kalau saya tak dapat memenuhi tawaran yang diberikan saya akan tolak cara baik.

“Kerjaya saya sebagai penyampai radio di Ultra FM pun saya ‘happy’ di setiap hari isnin hingga jumaat jam 6 pagi hingga 10 pagi kerana dapat berinteraksi dengan peminat dan pendengar secara langsung,” katanya mengakhiri bicara.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 1710543282032350421

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item