Perkahwinan Lana Nodin Tak Akan Bertahan Lama Kerana Berbeza Budaya
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/perkahwinan-lana-nodin-tak-akan.html
Lana Nodin berkata dia kecewa kerana peminat mempertikaikan sama ada berapa lama perkahwinannya itu akan bertahan kerana berbeza budaya.
“Saya agak kecewa dan terikilan kerana ada banyak komen negative yang mempertikaian hubungan dan perkahwinan saya dengan David antaranya ada yang merasakan perkahwinan kami tidak akan dapat bertahan lama kerana berkahwin dengan mat salleh.
“Bagi saya mereka tidak patut berkata begitu kerana jodoh itu ditangan Tuhan, saya sendiri pun tidak terfikir untuk berkahwin dengan mat salleh.Belum tentu jika saya berkahwin dengan Melayu perkahwinan saya nanti lancar sahaja,” katanya kepada murai.com.my dalam sidang media kemarin.
Tinggal seminggu lagi mereka akan diijabkabulkan, Lana bersyukur kerana semua persiapan berjalan dengan lancar dan debarannya juga kian terasa.
“Alhamdulilah, semua persiapan berjalan dengan lancar walaupun kad kahwin baru sahaja siap dan mula hendak diedarkan.
“Cuma ada sedikit kesukaran untuk menjalani beberpaa prosedur di pejabat agama dan pendaftaran kerana David warganegara luar, namun ianya juga boleh diselelsaikan dalam masa terdekat ini.
“Debaran saya kini hanya untuk hari sebenar pernikahan saya sahaja.Apa yang saya bimbang adalah perjalanan majlis pada hari itu dan Cuma berharap ianya berjalan dengan lancar,” ceritanya lagi.
Majlis nikah dan resepsi Lana dan David bakal berlangsung di Palace of Golden Horses.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA