Rugi RM800 Juta Jika Kad 'Top Up' Dikecualikan GST
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/rugi-rm800-juta-jika-kad-top-up.html
PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan akan rugi RM800 juta setahun jika kad pra-bayar telefon bimbit dikeluarkan dari Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Ini kerana kebanyakan pengguna kad pra-bayar ini adalah pekerja warga asing yang berada di negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia.
"2/3 dari pengguna prepaid di negara ini adalah pekerja warga asing dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh," katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Daily.
"Jika anda bertanya kepada saya, saya tidak mahu wang kita digunakan untuk memberi subsidi kad prabayar mereka," katanya yang mengulas mengenai tindakan Jabatan kastam mengarahkan penjualan kad pra-bayar dikecualikan GST.
Ahmad Shabery juga mengakui bahawa dari segi teknikal, adalah sukar untuk menari balik semua kad dan mencetak semula dalam masa dua hari.
Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter berkata, hanya Ahmad Shabery Cheek yang diberikan kuasa untuk membuat kenyataan mengenai isu kad prabayar.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada Jumaat lalu juga telah menyarankan agar pihak telkomunikasi Malaysia tidak mengenakan GST pada kad pra-bayar seperti yang diputuskan pada mesyuarat kabinet pada 3 April lalu.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA