Warga Malaysia Maut, Helikopter Ditembak Misil
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/05/warga-malaysia-maut-helikopter-ditembak.html
Gambar Hiasan
Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas ke atas sebuah sekolah di utara Pakistan.
Dilaporkan terdapat murid-murid di dalam sekolah berkenaan ketika kejadian.
Sebuah helikopter milik tentera Pakistan, penerbangan MI-17 telah ditembak jatuh menggunakan sebuah misil anti kapal terbang, menurut satu sumber, sekitar sejam yang lalu, waktu Malaysia.
Menurut satu sumber, helikopter tersebut telah ditembak jatuh oleh "anti-aircraft missille", - Mohamed Khorasani, jurucakap Taliban.
Manakala, menurut sumber militari Pakistan, helikopter tersebut jatuh akibat kegagalan dalaman helikopter itu sendiri kerana kawasan yang dilalui helikopter itu bukan kawsan yang dikuasai Taliban, kata Asim Dajwa.
Menurut laporan rasmi pihak berkuasa tentera, turut sama berada di dalam helikopter berkenaan adalah isteri duta Indonesia, duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr dan dua orang juruterbang tentera.
Nahas turut disahkan oleh jurucakap Tentera Pakistan Asim Bajwa menerusi laman Twitternya.
Helikopter jenis MI-11 itu membawa 11 tetamu kehormat asing dan enam warga Pakistan.
Menurut saksi, helikopter berkenaan merempuh bangunan sekolah ketika melakukan pendaratan cemas. Bagaimanapun, punca nahas masih belum diketahui.
Wisma Putra yang dihubungi Astro AWANI memaklumkan pihaknya masih cuba mendapatkan pengesahan.
Habibah, yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di wilayah bergolak Kashmir.
Mereka dipercayai dalam perjalanan untuk menghadiri pelancaran projek pelancongan di kawasan berkenaan.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA