INFO MENARIK!!

Yana Samsudin Dedah Punca Yanf Menyebabkan Beliau Bertudung


SEJAK kebelakangan ini, semakin ramai di kalangan selebriti tempatan sudah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab dalam penampilan.

Selepas penghijrahan Rozita Che Wan, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Lufya dan Hanez Suraya, pelakon cantik ini juga turut mengikuti jejak langkah rakan selebriti lain.

Pun begitu, menurut Yana Samsudin, keputusannya untuk berhijab bukanlah satu perkara yang telah dirancang sebelum ini atau dibincangkan lebih awal dengan keluarga terutama suami, Fadzil Zahari.

"Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.

"Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.

"Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba," katanya ketika dihubungi Zass.

Keputusan Yana untuk bertudung mendapat respons yang baik di kalangan peminatnya di laman sosial, namun ada yang mencadangkan agar pelakon filem, Adnan Sempit ini, memadam kesemua foto-foto lamanya.

Jelas Yana, dia dan suami telah memikirkan mengenai perkara itu dan proses untuk memadam kesemua foto-foto lamanya itu akan dibuat oleh suaminya sendiri.

"Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.

"Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.

"Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini," katanya lagi.

Tumpu bidang pengacaraan?

Nekad dengan keputusan untuk berhijrah, Yana memberitahu, selepas ini dia perlu mempertimbangkan tawaran yang harus diterimanya agar dapat menjaga batasan, selari dengan imej terbaharu.

Walaupun kini, bintangnya lebih kepada bidang pengacaraan, namun Yana tidak menolak sekiranya ada tawaran lakonan yang bersesuaian selepas ini.

"Alhamdulillah, rezeki saya dalam bidang pengacaraan dan kini saya masih lagi bertatih dan memerlukan banyak belajar. Keputusan untuk bertudung ini tidak akan menyekat kerja-kerja lakonan saya kerana sekiranya bersesuaian, saya akan terima.

"Namun, sekiranya rezeki saya tiada dalam bidang lakonan selepas ini, saya terima dengan hati yang terbuka. Malah, sekiranya keputusan saya ini menyebabkan saya kehilangan peminat, saya reda.

"Tak ada peminat pun tak mengapa daripada tidak dipandang Tuhan. Pun begitu, janganlah terlalu mengharapkan perubahan yang terlalu drastik daripada saya. Doakan saya agar sentiasa istiqamah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yana yang juga duta produk kecantikan, Sofeeya Diamond, memberitahu bakal terlibat dalam kerja-kerja lakonan pada bulan ini.

"Insya-ALLAH, saya akan terlibat dalam projek terbaharu yang diuruskan oleh suami saya. Namun, belum pasti lagi saya akan terlibat atau tidak kerana perkara itu dipersetujui sebelum saya bertudung. Kalau ada rezeki, adalah," jelas Yana lagi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 3344819096519217010

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item