INFO MENARIK!!

ALFATIHAH: Anak Tidak Mahu Berenggang Dengan Ibu Petanda Ibu Akan Pergi Buat Selamanya


KEPALA BATAS - Gambar dua adik beradik kecil ini tersebar di laman sosial sejak semalam. Mereka yang kehilangan ibu tersayang yang terlibat dalam kemalangan hanya mampu merenung jasad ibu mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam di Pasir Gebu, Penaga, mangsa, Nor Azura Mohammed Azhar, 30, yang menunggang motosikal Honda EX5 terlibat dalam kemalangan terlanggar tiang telefon.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Caltex Bagan, Butterworth menuju ke Kampung Bakau Tua. 

Gambar mangsa bersama dengan dua anaknya

Suami mangsa, Mohd Kamal, tidak menyangka keengganan anak bongsunya berenggang dengan ibunya ibarat petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

"Kebetulan Amir mengikut ibunya ke tempat kerja, manakala anak sulung kami, Amirul Hakimi yang berusia tujuh tahun menunggu di rumah," katanya. 

Pemergian mangsa meninggalkan suaminya dan dua orang anaknya, Amir Hafizi, 4 dan Amirul Hakimi, 7.

Motosikal milik mangsa yang terlanggar tiang telefon

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 4895332012238861715

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item