"Atlet Tak Perlu Patuhi Garis Panduan Pakaian Sukan Jakim" - Khairy Jamaluddin
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/06/atlet-tak-perlu-patuhi-garis-panduan.html
KUALA LUMPUR - Atlet kebangsaan tidak perlu mematuhi garis panduan yang berkaitan pakaian sukan yang akan ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ketika menyertai kejohanan sukan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam mengeluarkan kenyataan bahawa pakaian sukan yang dipakai oleh atlet negara akan dikaji semula agar lebih mematuhi syariah.
Mengulas kenyataan Jamil Khir Baharom itu, Khairy bagaimanapun menjelaskan garis panduan yang disediakan oleh JAKIM itu hanyalah garis panduan dan tiada paksaan pada atlet untuk mengikut atau tidak.
"Ia terpulang kepada atlet untuk mengikut garis panduan itu atau tiada paksaan untuk mengenakan pakaian yang lain. Jadi saya berharap ini dapat menyelesaikan isu pakaian atlet.
"Kita perlu ingat bahawa beberapa pakaian sukan dikawal oleh persekutuan sukan dan atlet-atlet ini hanya mengenakan pakaian seperti itu ketika bertanding," katanya yang turut membidas pengkritik-pengkritik di media sosial selain dari menganggap golongan itu sebagai hipokrit.
Atlet Gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi, dikecam teruk oleh netizen setelah gambarnya beraksi di Sukan SEA dianggap sengaja menayangkan lurah faraj, sekali gus melupakan kejayaan itu memenangi dua pingat emas.
"Dia (Farah) sudah dewasan dan telah dibesarkan dengan baik. Dia tahu apa yang dilakukan dan matang untuk membuat keputusannya sendiri.
"Atlet-atlet lelaki tidak mendapat perhatian sebegini walaupun mereka memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh badan mereka seperti ahli bina badan," kata Khairy.
Berkenaan tindakan keyboard warrior di media sosial, Khairy berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya perkara remeh seperti ini tidak dihentikan segera.
"Jika mereka tidak mampu menahan diri, kita perlu mengharamkan mereka daripada memasuki stadium," katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA