INFO MENARIK!!

SEBARKAN ! Laman Web Lucah Kanak-Kanak Dari Malaysia Menggunakan Gambar Anak-Anak Anda !


Apa yang terjadi kepada Harith Iskander ini benar-benar membimbangkan kerana gambar anak lelakinya bersama gambar kanak-kanak lain telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak, dipercayai dari Malaysia.

Pelawak Harith Iskander dikatakan berang dengan tindakan satu laman web lucah yang memuatnaik gambar anaknya ke laman web berkenaan.

Gambar anak beliau yang berusia tiga tahun dan beberapa orang kanak-kanak lain telah disiarkan di sebuah laman web pornografi kanak-kanak yang dipercayai dari Malaysia.

"Google Alert membawa perhatian saya kepada gambar-gambar anak saya (dan saya sedang memangku anak saya) berserta gambar kanak-kanak lain yang muncul dalam sebuah laman web tempatan berserta imej grafik lucah," kata Harith melalui Facebooknya.

Berdasarkan teks yang ditulis dalam web berkenaan yang berbahasa Melayu dan Inggeris menguatkan tanggapannya bahawa web berkenaan sememangnya dari Malaysia apabila di dalamnya terdapat kapsyen berbunyi "Gambar Anak Harith Iskander".

"Kedua-dua adalah menjijikkan dan sangat membimbangkan dan semestinya saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil," katanya.

Selain gambar anak Harith juga terdapat gambar anak Erra Fazira dan Engku Aleesya di dalam laman web tersebut.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 7613279770763964369

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item