Luahan Sedih Eizlan Yusof Sambut Raya Tanpa Insan Tersayang
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/07/luahan-sedih-eizlan-yusof-sambut-raya.html
Aidilfitri pada tahun ini pastinya berbeza dan tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini buat pelakon Datuk Eizlan Yusof yang menyambut hari raya tanpa insan yang tersayang. Setelah lebih kurang tujuh tahun berumah tangga dan bergelar suami, ini kali pertama dia terpaksa akur dengan dugaan besar dari Allah SWT buat dirinya.
Statusnya kini sebagai seorang duda disifatkannya sebagai dugaan yang paling perit yang pernah berlaku dalam hidupnya. Sebagai seorang bapa dan suami, Eizlan sememangnya memberikan keutamaan buat penyeri hidupnya iaitu keluarga.
“Apa yang berlaku kini amat menyedihkan kerana sejujurnya saya memang tidak pernah menjangkakan keadaan ini akan berlaku. Merekalah dunia saya dan saya sangat sayangkan keluarga saya.
“Selepas perceraian itu berlaku saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk mencari kembali kekuatan untuk bertemu dengan orang luar selain keluarga saya,” katanya sambil menjelaskan keadaan dirinya selepas bercerai dengan bekas isteri Vie Santie Harun pada Februari lalu.
Sungguhpun dia redha dan sentiasa percaya akan hikmah yang ada disebalik kisah pahit ini, sebagai seorang bapa dia tidak melepaskan tanggungjawab untuk memberikan kelengkapan buat anak-anaknya untuk menyambut lebaran.
“Kali ini merupakan tahun pertama saya akan menyambut hari raya tanpa isteri selepas tujuh tahun berkahwin. Namun begitu saya tetap menyediakan segala yang perlu untuk mereka beraya walaupun saya tidak bersama menyambut raya.
“Ini kerana persiapan untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini telah saya dan bekas isteri sempurnakan sejak dari awal lagi bagi melancarkan segala urusan,”tuturnya yang dihubungi baru-baru ini.
Namun begitu, aktor terkenal ini telah melahirkan raya syukur kerana masih lagi boleh melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak-anaknya walaupun ia tidak lagi sama seperti dahulu. Melihat ia dari sudut positif, status bapa tunggal itu tidak menghalangnya untuk terus menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anaknya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA