Najib Razak Tidak Layan Dakwaan Muhyiddin
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/07/najib-razak-tidak-layan-dakwaan.html
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melayan soalan dari wartawan mengenai video perbualan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Najib hanya terus beredar selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.
Bagaimanapun, Datuk Ahmad Maslan yang turut berada di majlis itu berkata, Perdana Menteri tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya.
Semalam, video rakaman perbualan tertutup Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa orang tetamu di kediamannya mengenai perbualan beliau dengan Najib tersebar di laman sosial.
Dalam video itu, Muhyiddin dimaklumkan oleh Najib bahawa wang itu diperolehi dari seseorang individu di Timur Tengah.
"Then saya kata, kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?
"Dia mengaku jadi saya tanya, mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?" katanya dalam video viral itu.
Pendedahan Muhyiddin ini sekali lagi memberikan tekanan yang besar kepada Najib. Jika di negara Jepun, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal akan bertindak meletak jawatan.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA