INFO MENARIK!!

[VIDEO] ZALIM ! Gadis 16 Tahun Dibelasah Dan Dibakar Hidup-Hidup Hingga Mati


GUATEMALA CITY – Seorang gadis berusia 16 tahun dilapor dipukul sebelum dibakar hingga mati di Guatemala oleh sekumpulan penduduk kampung kerana didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemandu teksi.

Menurut laporan Daily Mail, gadis itu merupakan antara tiga suspek yang merompak dan membunuh seorang pemandu teksi berusia 68 tahun, Carlos Enrique González Noreiga di Rio Bravo, Guatemala.

Difahamkan, selepas kejadian, tiga suspek termasuk wanita itu cuba melarikan diri, tetapi malangnya gadis yang mengambil laluan yang salah itu akhirnya dikepung oleh penduduk Rio Bravo.

Berang dengan perbuatannya, penduduk tidak melepaskan peluang untuk menghukum wanita itu dengan cara yang lebih ganas.

Video viral yang berdurasi hampir lima minit itu menunjukkan remaja wanita itu berlumuran darah akibat dipukul dan ditumbuk sebelum dibakar oleh penduduk tersebut walaupun dia cuba melarikan diri beberapa kali.

Mangsa itu dilihat menjerit dalam kesakitan apabila api merebak membakar seluruh tubuhnya dan akhirnya dia mati akibat kelecuran badan yang teruk.

Namun, video yang dimuat naik itu tidak disiarkan oleh kebanyakan agensi berita kerana kandungannya yang terlalu ekstrem.

Menurut laman web berita Tiempo, identiti gadis itu belum didedahkan polis buat masa ini untuk meredakan keadaan.

Polis dilapor sedang menyiasat kes ini.

Tonton Video Dibawah:


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Akibat Kecuaian Pengasuh, Bayi 8 Bulan Muntah Darah Sebelum Meninggal

Kuantan: Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya. Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari meninggal d...

'Mereka Berbohong Sejak Hari Pertama Kehilangan MH370' - Isteri Pramugara MH370

Pagi tadi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih tentang penemuan objek yang ditemui di Pulau Reunion sah kepunyaan pesawat MH370. Kami pasti keluarga mangsa yang hilang bersama M...

GEMPAR ! NASA Terakam Gambar Wanita Di Planet Marikh! Lihat apa yang wanita ini buat Do Situ! Amat Mengejutkan! Subahanallah

NASA telah mengesan wanita gelap yang pelik di permukaan planet marikh Pemerhati UFO mengatakan bahawa mereka boleh melihat dengan jelas payudara - bermakna ia adalah seorang wanita - dan mereka...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item