INFO MENARIK!!

ALFATIHAH ! Luahan Sedih Erin Malek Selepas Kematian Anaknya


PETALING JAYA: Pelakon Erin Malek yang sebelum ini mengandung anak kembar selamat melahirkan seorang sahaja bayi sulungnya pada Khamis.

Berita berkenaan didedahkan sendiri oleh Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, menerusi laman Instagram miliknya pada petang Jumaat.

Bayi itu diberi nama Mohamed Faliq Mohamed Farriz yang dilahirkan pada kira-kira pukul 9.27 pagi.

Bagaimanapun, Erin memberitahu kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungannya mencecah usia 16 minggu namun dibenarkan oleh pihak doktor untuk janin itu bersama kembarnya sehingga usia kandungan sembilan bulan.

"Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz.

"Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu," katanya menerusi status terbaharu pada Jumaat.

Jelas Erin lagi, seorang anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehinnga menyebabkan badan membengkak.

Pun begitu kata Erin, dia tidak perlu mengugurkan janin berkenaan dan boleh meneruskan kandungannya seperti biasa sehingga 9 bulan.

"Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga.

"Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih," katanya.

Erin dan Farriz berkahwin pada 10 Oktober tahun lalu.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 2176344968049139681

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item