INFO MENARIK!!

GEMPAR! Penyelam Ini Terjumpa Anakonda GERGASI, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Amat MENGEJUTKAN !


Keghairahan seorang penyelam wanita profe­sional Brazil meneroka gua di da­sar sungai, hampir mengundang maut apabila dia terserempak de­ngan seekor ular anakonda yang disebut sebagai ular paling besar pernah ditemukan di dalam air.

Penyelam terbabit, Karina Olia­ni menemukan anakonda sepanjang lapan meter dan dianggarkan seberat 400 kilogram itu selepas empat hari melakukan aktiviti me­nyelam di Sungai Bonito, barat laut Brazil, baru-baru ini.

Bagaimanapun, penyelam itu ber­nasib baik kerana ular berke­naan sedang membaham mang­sanya, sekali gus tidak mengancam Oliani.

Jurugambar yang menemani Oliani, Alexandre Socci sempat mengambil gambar dan merakamkan aksi ular gergasi itu untuk siri rancangan televisyen, Wild Ocean With Karina Oliani.

“Saya terkejut apabila melihat saiz anakonda itu yang sangat besar terutamanya di bahagian kepala, dan saya tidak dapat melihat keseluruhan badannya.

“Walaupun kami berdua tidak menjadi hidangan ular itu, tetapi reptilia berkenaan merupakan pemangsa yang liar dan tidak boleh dihampiri dengan mudah,” kata Oliani seperti dilaporkan portal Mail Online.

Oliani menceburi dunia menyelam sejak kecil dan mendapat pengiktirafan sebagai penyelam di lautan terbuka ketika berusia 12 tahun sebelum menjadi penyelam profesional sejak 2002.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

YA ALLAH ! Detik-Detik Kren Jatuh Menimpa Jemaah. Nampak Kanak² Lari Peluk Ibu Mereka

Scroll ke bawah untuk melihat video (function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//conne...

[VIDEO] Tun Mahathir Berduet Dengan Siti Nurhaliza Yang Sangat Mencuit Hati

Scroll ke bawah untuk melihat video Jarang-jarang kita dapat lihat Siti Nurhaliza dan juga Tun M berada di atas satu pentas dan menyanyikan lagu bersama. Boleh tahan juga Tun M menyanyi ya sampa...

GEMPAR ! Misteri Di Sebalik 7 Murid Orang Asli SK Tohoi Tidak Pulang Sejak 23 Ogos Lalu

GUA MUSANG 12 Sept. - Para pemandu pelancong yang berpengalaman luas meneroka gua serta hutan di kawasan daerah ini menyifatkan kehilangan tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi seb...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item