Punca Pemandu China SENGAJA Langgar Orang Sampai Mati DIDEDAHKAN !
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/10/punca-pemandu-china-sengaja-langgar.html
Adakah benar pemandu-pemandu negara China akan langgar orang sampai mati? Maksudnya selepas langgar orang, mereka akan langgar berkali-kali sehingga orang itu mati.
Adakah ia fakta atau hanya mitos “langgar-dan-bunuh”?
Baru-baru ini seorang peguam yang mengajar di Sekolah Undang-undang Fordham dan ahli lembaga pengarah Persatuan Peguam Perniagaan Cina, Geoffrey Sant telah menulis pendapatnya berkenaan hal ini di Slate. Ekoran daripada pendapatnya itu, ramai membuat kesimpulan ianya adalah benar.
Hakikatnya, ia hanya sekadar pendapat Sant berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Tiada fakta saintifik yang menyokong pernyataannya. Maka, konsep “melanggar-untuk-membunuh” di kalangan pemandu China tidak dapat dibuktikan benar.
Menurut Sant, ia seperti sebuah lagenda moden yang gila. Pemandu yang mencederakan pejalan kaki kadang kala akan cuba membunuh mangsa mereka. Ini biasa berlaku apabila banyak rakaman video keselamatan menunjukkan kejadian-kejadian seumpama itu. Pemandu memandu kenderaannya ke depan dan ke belakang bagi memastikan mangsa kemalangan mati. Malah, di dalam bahasa Cina, fenomena ini disebut: “Ia lebih baik melanggar untuk membunuh berbanding melanggar dan cedera.”
Ini contoh-contoh yang dikemukakan oleh Sant berkenaan hal ini:
1. “Jangan kata saya yang memandu. Sebut ianya suami saya. Kami boleh beri kamu duit.”
Sebuah BMW dipandu laju di pasar buah-buahan Foshan, Guangdong dan telah melanggar kanak-kanak 2 tahun dan tayar kereta menggelek kepalanya. Nenek kanak-kanak itu menjerit meminta kereta itu berhenti. Tetapi pemandu kereta itu mengundurkan keretanya dan melanggar lagi sekali kanak-kanak itu. Ia lakukannya sampai tiga kali. Kemudian, pemandu tanpa lesen itu turun dari keretanya dan menawarkan keluarga itu duit.
2. “Anda boleh lihat di dalam internet bahawa ia satu aliran kejadian yang tiada penghujung cerita bagi kes-kes seperti yang ini.”
Laporan televisyen menunjukkan video kamera keselamatan yang memaparkan sebuah Volkswagen Passat putih telah merempuh nenek 64 tahun dengan kelajuan tinggi. Tayar belakang mengenai kepala dan badan nenek itu. Pemandu, Zhao Xiao Cheng memberhentikan kereta dan menggelek nenek itu dengan tayar depannya pula. Selepas itu Zhao melumatkan nenek itu di jalan kerana ia dilakukan berulang kali.
Zhao didapati tidak bersalah dalam tuduhan membunuh dengan niat. Zhao menyatakan pada kejadian itu dia menyangkakan ianya beg sampah. Zhao dipenjarakan tiga tahun atas “kecuaiannya” itu dan membayar pampasan $70,000. Pembaca berita itu turut menyatakan kejadian ini adalah satu daripada kejadian-kejadian sama yang boleh dilihat di internet.
3. “Jika saya langgar seseorang, saya akan langgar dia lagi sekali dan pastikan dia mati.”
Sant pertama kali mendengar fenomena “melanggar-untuk-membunuh” pada pertengahan 1990an sewaktu di Taiwan sebagai guru bahasa Inggeris. Rakannya seorang guru memandu kereta untuk ke kelas dan hampir melanggar seorang penunggang motosikal. Sant terkejut apabila mendengar rakannya itu berkata dia akan langgar orang sampai mati kerana jika orang itu cacat, pemandu yang melanggarnya perlu menampung kos perbelanjaan seumur hidup mangsa kemalangan tersebut. Tapi jika mangsa itu mati, ia hanya melibatkan satu kali pembayaran sahaja seperti yuran pengebumian. Rakannya itu bertegas ini perkara serius dan biasa bagi orang di Taiwan.
4. Keliru sama ada mangsa itu kotak kadbod atau beg sampah semasa kejadian berlaku.
Rakaman video di Xinyi pada 2010 menunjukkan seorang pemuda kaya mengundurkan BMW X6 dan melanggar kanak-kanak lelaki 3 tahun. Kanak-kanak itu jatuh ke tanah dan tayar kereta menggilis tengkorak kepalanya. Pemandu itu melakukannya lagi sekali ke atas kanak-kanak tersebut. Kemudian dia keluar dari BMW dan mengundur keretanya ke dalam petak letak kereta. Dia melanggar lagi sebelum berlalu pergi. Pemandu itu didakwa tidak sengaja menyebabkan kematian seseorang kerana dia menyatakan dia keliru sama ada itu kotak kadbod atau beg sampah. Maka, polis melepaskannya daripada tuduhan membunuh dan mengabaikan fakta pemandu itu melanggar berulang kali kepala kanak-kanak tersebut.
5. Mangsa kemalangan tidak cedera teruk tetapi pemandu melanggarnya lagi hingga mati.
Di daerah Sichuan, sebuah trak melanggar kanak-kanak lelaki 2 tahun. Kemudian, kanak-kanak itu bangun semula dan hendak mengambil payungnya di seberang jalan. Pada waktu itu trak tersebut mengundur dan melanggarnya sehingga menyebabkan dia meninggal dunia. Ketua polis kawasan itu mengumumkan pemandu trak tersebut tidak pernah mengundurkan kenderaannya, tak pernah melanggar kanak-kanak itu untuk kali kedua, dan tayar trak itu tak pernah menggilis kanak-kanak tersebut walaupun ada testimoni saksi mata.
Tambahan pula, unsur rasuah dan tiada hubungan dengan orang atasan telah menyebabkan ketidakadilan berlaku di dalam kejadian-kejadian seperti ini.
Apakah pendapat anda tentang fenomena “melanggar-untuk-membunuh”?
Adakah anda setuju dengan pendapat Sant?
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA