INFO MENARIK!!

LUAHAN HATI ISTERI TERPAKSA BEKERJA MENANGGUNG SUAMI PEMALAS


PERTEMUAN saya dan seorang kenalan lama berlaku secara tidak sengaja. Jujur saya katakan, impresi pertama saya adalah tidak percaya saat terpandangkan wajahnya yang hampir tidak dicam kerana kusut dan lesu.

Dia yang saya kenal seorang yang sangat cantik dan berpenampilan menarik ketika kami di kolej dahulu. 

Tapi hari ini, dia saya lihat begitu lesu, tidak ceria dan sedikit gempal berbanding dahulu. Apa berlaku? Saya tertanya-tanya. 

Hampir sembilan tahun kami terpisah, pertemuan itu terlalu nostalgik untuk saya huraikan. Kami berpelukan lama. Air mata mengalir tiba-tiba. Entah kenapa, saya dan Emma merasakan rindu nan syahdu. 

Emma (bukan nama sebenar) menarik tangan saya ke tepi koridor pejabat pos. Niat saya untuk membayar bil serta-merta tertangguh lantaran terlalu banyak yang ingin kami perkatakan. Saya dan Emma, masing-masing punya cerita. 

Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun dan bayi berusia kira-kira lapan bulan diam dalam trolly di sisi Emma. Tanpa kata, saya memahami senyuman Emma yang memaksudkan bahawa itu bayi dan anaknya. 

Saya tersenyum, mencuit pipi montel bayi lelaki Emma. Sesungguhnya, Emma antara teman rapat saya di kolej dahulu. 

“Kenapa muka nampak kusam ni? Macam...- “Orang ada banyak masalah?” Emma meningkah, seperti dapat menduga yang saya hairankan keadaannya. Saya tersenyum kelat, lalu memutar soalan lain. 

Bimbang sahabat yang dirindui ini terluka pula. “Kau kahwin dengan Boy ke? Senyap tanpa berita. Aku cari nama kau dalam Facebook pun tak ada?.” Soal saya. Emma senyum lagi, sedangkan tadi air matanya mengalir sewaktu kami berpelukan. Nah, saya mula kognisi. Orang kuat senyum mahupun ketawa, pasti sedang menyembunyikan masalah. 

Suami culas.

Dari sekadar berdiri di hadapan pejabat pos, kami beralih ke dalam kedai makan yang terletak berhampiran. Usai membetulkan duduk anak-anak dan posisinya sendiri, Emma membuka bicara. 

“Boy tak kerja. Dah dua tahun aku sara dia. Kau mesti nak kata aku bodoh kan? Memang aku bodoh tapi... Kau boleh tolong aku?” Saya terdiam. Soalan ini memang lebih susah dari soalan final exam.

 “Aku tertekan sangat. Banyak perkara aku kena fikir setiap bulan. Aku kena kerja, kemas rumah, jaga anak, hantar anak ke pengasuh, hantar sekolah tadika. Dah lah aku yang bayar semua bil. 

Gaji RM4,000 habis! Boy makin melampau. Dulu aku faham sebab dia susah nak dapat kerja, sekarang macam dah naik lemak. Kerja rumah satu pun tak bantu. Apa aku kena buat? Tolonglah...” 

Terlalu banyak yang Emma hamburkan, dan kesemuanya berpusat kepada satu permasalahan, iaitu kerja. Suaminya tidak bekerja dan culas. Tidak menjalankan tanggungjawab dan tidak pula membantu meringankan beban Emma dalam melakukan tugas-tugas di rumah. 

Saya yakin, situasi ini juga dilalui kebanyakan wanita lain di luar sana. Ada wanita yang bekerjaya, membina empayar perniagaan yang gah tetapi suaminya tidak berbuat apa-apa. 

Jika situasi seperti ini, isteri mungkin terdera dari sudut emosi sebaliknya kewangan bukan beban. Tetapi bagaimana dengan isteri yang berpendapatan rendah. Ada yang sekadar meniaga kecil-kecilan, tetapi suami sibuk melepak di kedai makan main dam haji! 

Fitrah wanita, selalunya bersabar dan bersabar sehingga hati sendiri terluka. Dalam keadaan apa jua pun wanita ingin melakukan dan memberikan yang terbaik buat pasangannya. 

Malangnya, madu dibalas cuka. Natijahnya, jadi seperti Emma yang sudah mula tidak memikirkan penampilan diri. 

Di sini, permasalahan lain pula bermula. Apabila nampak isteri sudah tidak cantik, suami mungkin terdorong mencari kekasih gelap. Isteri juga dipersalahkan kerana tidak menjaga body. Sedangkan tanggungjawab menjaga keluarga telah diambil alih oleh isteri. Itu tidak mahu diambil kira pula? 

Kasihanilah si isteri. Benaknya penuh dengan masalah. Ya, otak isteri ibarat pejabat pengurusan yang paling bijak dan bersistematik. Akan tetapi, jika segala-galanya tertanggung di benaknya sendirian, fikirannya pasti lemah dan tepu. Kesan dari itu akan menular ke arah fizikalnya yang turut terdorong penat dan lemah. 

Gangguan emosi dan kelemahan spiritual bergabung menjadi buntu. Bersama-samalah kita bermuhasabah diri.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

gaya hidup 5213674062482215688

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item