INFO MENARIK!!

MODEL KANAK-KANAK TERCANTIK DI DUNIA




MOSCOW 29 Nov. – Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama. 

Mail Online melaporkan, Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton. 

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.



Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook. 

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya. 


“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan. 

“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova. 


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

'Kad Raya' Daripada Puteri Balqis Ini Buat Ramai Menitiskan Air Mata

SETIAP tahun apabila menjelang Aidilfitri kita akan disajikan dengan pelbagai iklan raya yang menarik, mencuit hati dan juga mengusik perasaan sebak sehingga menitiskan air mata. Tidak dinafik...

Perubahan Yang SANGAT MENGEJUTKAN Isteri Sam Bunkface Selepas 2 Bulan Berkahwin !

PASANGAN yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lepas, Sam (Bunkface) dan Aida Azira nampaknya semakin serasi dan comel apabila digandingkan untuk sesi fotografi bersama. Ap...

Gara-Gara Tegur Rita Rudaini Supaya Bawa Anaknya Pergi Tarawih, Lelaki Ini Dikecam Teruk Oleh Peminat Rita

Bulan Ramadhan ini  merupakan bulan yang mulia, jadi agak sensitif tingkah laku kita sepanjang bulan ini terutamanya dalam kalangan artis yang sentiasa diperhatikan gerak gerinya. Jik...

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item