INFO MENARIK!!

Ajai Mengaku Buat Pembedahan Hidung Kos RM28 Ribu


Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas mengakui telah melakukan pembedahan pada hidungnya baru-baru ini dengan kos mencecah RM 28 ribu.

Ajai dalam pada itu menafikan dia melakukan pembedahan itu untuk kecantikan sebaliknya adalah untuk menyelesaikan masalah sinus yang dihadapinya.

"Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa."

"Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang," katanya.

Menurur Ajai beliau telah mencuba pebagai cara sebelum ini untuk mengelakkan masalahnya berlarutan dan doktor telah menasihatkannya supaya bertukar kepada pembedahan kerana jika berterusan memakan ubat akan menyebabkan buah pinggangnya rosak.

"Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung. Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti."

"Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini," terang Ajai.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 3897998097713556968

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item