Bekas Cikaro Cerita Detik Yang Membuatkannya Berubah
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/bekas-cikaro-cerita-detik-yang.html
Gambar Hiasan
"Aku merupakan anak bongsu dalam keluarga,memang aku akui walaupun aku anak bongsu tapi aku tidak mendapat kasih sayang secukupnya dari kedua orang tua ku yang sentiasa sibuk dengan kerja mereka.
Ini membuatkan aku kadangkala berasa cukup sunyi,mungkin ini juga alasan mengapa aku berelar bohsia sewaktu aku di tingkatan 5, yang mana pada masa itu Darah Muda Sedang hangat.
Dek kerana kebosanan di rumah aku keluar bersama teman-teman ku,dan setelah mengenali seorang jejaka bernama K, aku berasa sungguh seronok kerana bermula dari itu lah aku merasakan inilah kehidupan yang aku mahu,apabila aku di bawa ke pusat-pusat hiburan.
Setelah mengenali pusat hiburan,K memperkenalkan pada aku Pil Estacy sehingga aku menjadi benar-benar kemaruk dengan pil itu yang mampu membuatkan aku berasa gembira!
Hendak di jadikan cerita,suatu hari K membawa aku keluar,tetapi kali ini agak jauh dari bandaraya kuala lumpur, di waktu itulah K cuba memperkosa aku,apalah daya aku yang ketika itu sangat lemah untuk melawan,maka aku telah hilang dara pada malam tersebut.
Aku hanya mampu menangis!dan ketika tiba di suatu tempat yang sunyi, K memberhentikan keretanya lalu membuka pintu kereta dan menarik aku keluar dari kereta itu dengan kasar.
Rupanya K mahu meninggalkan aku di situ!tanpa belas kasihan,.puas aku merayu namun tidak di endahkan oleh K,Setelah di tinggalkan oleh K, perasaan aku bercampur baur antara geram, benci dan,........ takut,.. ya aku berasa sangat ketakutan kerana hari sudah makin lewat malam di tambah keadaan yang samar-samar gelap dan sunyi.
Jika handphone masih ada padaku tentu saja aku boleh menghubungi sesiapa namun, beg tangan ku berada di dalam kereta K sewaktu dia meninggalkan aku. Aku cuba melangkah perlahan-lahan namun langkahku lemah sehingga aku berasa hendak pitam dan terjatuh tiba-tiba.
Aku cuba gagahkan diri untuk bangun, nasib baik ada batu yang boleh ku paut untuk bangun di kesamaran malam itu, entah mengapa kaki ku tidak berdaya untuk berdiri dan aku kembali terjatuh dan pada masa itu baru aku sedari bahawa batu yang ku pegang itu untuk berpaut adalah,.. Batu Nisan,.
Tidak tergambar perasaanku di ketika itu! bagaimana boleh aku berjalan hingga ke tanah perkuburan itu??aku tidak dapat menjawabnya, mungkin juga atas faktor keadaan yang gelap pada malam tersebut.
Aku menangis dan menjerit sekuat hati di situ kerana kaki ku memang langsung tidak berdaya untuk berdiri, ketakutan?usah di tanya, hanya aku yang alami dan hanya aku yang tahu bagaimana perasaan aku di ketika itu!
Entah bagaimana aku merasakan keadaan menjadi bertambah gelap, namun panas membahang tiba-tiba aku rasai di situ,tiba-tiba! aku merasakan satu sebatan yang cukup kuat dari belakangku, sehinggalah aku tidak sedarkan diri,.
Aku tidak tahu apa yang telah terjadi seterusnya,namun ketika tersedar aku telah pun berada di hospital dan wajah pertama yang aku lihat di situ adalah orang tuaku,. aku menangis dan memeluk mereka kerana aku masih berasa trauma dengan kejadian yang menimpa aku.
Sejak kejadian itu, aku mula berubah,aku tidak lagi bersosial,aku lebih banyak menghabiskan masa di ruamh walau sebosan mana pun aku, aku sedar,aku telah banyak melakukan dosa sepanjang aku bersama dengan Lelaki bangsat bernama K,Yang telah tergamak merogol dan meninggalkan aku di tempat sunyi.
Paling tidak boleh ku lupakan adalah berada di tanah perkuburan dan aku seakan berasa di sebat dengan kuat di situ,.
Aku menyesal kerana menghambakan diri aku untuk satu kebebasan yang salah,bukan hanya salah tapi satu Dosa besar atas perbuatan aku yang terlalu sosial.
Kini aku mahu lupakan titik-titik hitam yang pernah aku lalui dulu,aku bertaubat dengan sesungguhnya, Moga Allah Ampuni segala dosa-dosaku yang lalu,." ujar wanita itu mengakhiri cerita.
Sesungguhnya manusia akan tewas jika terlalu mengikut hati dan nafsu,maka kita harus kuatkan keimanan yangg mampu menjadi penyelamat dari membuat dosa.
Semoga wanita ini terus di beri hidayah dan petunjuk untuk menjadi insan yang terbaik,mudah-mudahan Allah Swt mengampuninya,. InshaAllah,.
Kepada Adik-Adik di luar sana,Keseronokkan di dunia ini tidak kekal,malah adakalanya keseronokkan yang kita cari itu boleh menjadi satu dosa! oleh itu, sentiasa berpesan pada diri agar kuatkan hati dari menyentuh Keseronokkan yang boleh membawa kepaa Dosa,. Semoga kisah ini menjadi tauladan dan iktibar buat semua.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
