Cerita Sebenar Wanita Makan Ayam & Ular Mentah Yang Menjadi Viral
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/cerita-sebenar-wanita-makan-ayam-ular.html
Gambar seorang wanita berusia 40-an meratah hidup mentah tersebar di laman sosial tanpa sebarang penjelasan. Tindakan itu menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri yang wanita itu mengamalkan ilmu hitam.
Menerusi carian di Google, wanita itu dikenali sebagai Miskaulah, 38, berasal dari Indonesia.
Difahamkan, wanita itu sejak dari kecil lagi sudah terbiasa makan daging mentah setiap hari. Di usianya yang semakin lanjut, dia kini hanya mampu menghabiskan dua ekor daging ayam mentah berbanding dulu, lima ekor ayam mentah.
Jika tidak mempunyai wang untuk membeli ayam hidup, wanita itu terpaksa memakan ayam milik saudara maranya yang berkeliaran di belakang kawasan rumahnya. Namun, tindakannya itu tidak dihalang oleh saudara mara kerana sudah faham dengan ‘keperluan’ wanita itu.
“Kadang-kadang saya juga makan ular dan saya terpaksa membelinya dari penjual. Jika dibandingkan antara daging ayam dan daging ular, saya lebih suka daging ayam kerana dagingnya sedap dan enak.
“Saya pernah keracunan ketika memakan daging ular di usia muda. Tidak pasti pula apa jenis ular yang saya makan ketika itu. Akibatnya, wajah saya membengkak teruk,” katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
