INFO MENARIK!!

Luahan Hati Anak Zahid Hamidi Yang Sangat Menyentuh Hati Buat Ayahnya Setelah Dilantik Menjadi TPM


KUALA LUMPUR: Kurang 24 jam perlantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelbagai reaksi dilontarkan pengguna media sosial sejak semalam.

Susulan menyedari hal tersebut, anak perempuan Ahmad Zahid, Nurul Hidayah menerusi laman sosial Instagramnya, sayanurulzahid pada malam tadi menyatakan sokongan penuh kepada bapanya yang mengalas tanggungjawab diamanahkan selain menyampaikan ucapan tahniah.


"Abah betapa orang sedang menyanjungmu, memujimu, memakimu, menyumpah seranahmu, kau tetap suami, abah, grandpa kami.

"Tetaplah dengan Istiqamahmu, janjimu kepada Maha Pencipta. Sebagai anak, bukan status yang kami pandang. Abah tetap abah.

"Pandanglah tanggungjawabmu dengan 'mata hati'," tulisnya dalam entri tersebut sebagai kapsyen kepada foto yang dimuat naik.

Statusnya itu disifatkan segelintir pengikutnya sebagai cukup mendalam dan menyentuh hati.

Sehingga kini ia disukai lebih 200 pengikut laman berkenaan.

Jelasnya, beliau menyedari masa bersama bapanya akan semakin berkurang memandangkan Ahmad Zahid kini turut mengekalkan portfolianya sebagai menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagaimanapun, ujar Nurul Hidayah ahli keluarganya akan sentiasa memahami tugas yang bakal digalas oleh ahli parlimen Bagan Datoh itu.

"Kami redha akan perkongsian abah dengan tanggungjawab yang digalas.

"Ketentuan Allah tidak terjangkau dek akal. Pesan abah ikut rasmi padi "makin berisi tambah menunduk" akan kekal sehingga akhir hayat kami," tambah anak sulung Ahmad Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Nurul Hidayah, 36, aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta politik, juga pernah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, sebelum menarik diri.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan Kabinet yang mana menyaksikan Muhyiddin digugurkan dari jawatannya sebagai TPM digantikan Ahmad Zahid.

Empat menteri kabinet lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri G. Palanivel dan Datuk Dr Ewon Ebin.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 4748978556387788806

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item