INFO MENARIK!!

Ibu Sanggup Bunuh Anak Demi Mengelakkan Anaknya Jadi Bahan Ketawa


ANKARA - Seorang ibu tergamak membunuh anak lelakinya sendiri yang berusia 10 tahun atas alasan mahu menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa cemuhan orang ramai kerana bertelinga besar.

Wanita yang berasal dari Turki itu, Nuray Sacan, 37, didakwa atas pertuduhan membunuh anaknya sendiri dengan alasan bimbang kehidupan mangsa akan musnah kerana memiliki telinga besar.

Difahamkan, Nuray pernah membuat pembedahan plastik untuk anaknya di Hospital Gazi, namun tidak berpuas hati dengan hasilnya.

Wanita itu kemudian membawa anaknya ke tandas hospital sebelum menjerut mangsa sehingga mati dengan menggunakan skafnya.

Bagaimanapun, dia ditangkap selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah kenderaan ketika tergesa-gesa melarikan diri dari hospital.

Nuray mengaku membunuh anaknya sendiri ketika dibawa masuk semula ke hospital dengan menaiki ambulans selepas terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut Nuray, kedua-dua telinga anaknya semakin membesar selepas pembedahan itu menjadikan anaknya semakin hodoh dan berasakan anaknya pasti akan berasa malu apabila berdepan dengan rakan-rakannya.

"Saya mengambil tindakan itu kerana mahu menyelamatkan anak saya daripada menjadi bahan ketawa," katanya.

Tambahnya lagi, Nuray sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk mengubah telinga anaknya kerana mangsa sudah bertahun-tahun dibuli dan diejek kerana telinga besarnya itu. - AGENSI

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 9097924214763455153

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item