Ismail Sabri Disiasat Polis Kerana Mengeluarkan Kenyataan Mengelirukan
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/ismail-sabri-disiasat-polis-kerana.html
SHAH ALAM - Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memberi keterangan kepada pihak polis selepas lawatan tiga hari Presiden Indonesia, Joko Widodo di negara ini.
"Tunggulah selesai lawatan Jokowi ini, kemudian saya akan bagi keterangan," beliau dipetik sebagai berkata kepada pihak media hari ni.
Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia, bermula hari ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jadual Ismail Sabri terlalu padat selain perlu menghadiri mesyuarat Kabinet.
Ismail Sabri difahamkan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat dengan meminta pengguna memboikot peniaga Cina yang masih berdegil mahu mengaut keuntungan berlebihan.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA