Uniform Kebaya Syarikat Penerbangan Dikritik
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/uniform-kebaya-syarikat-penerbangan.html
Uniform rasmi pramugari Singapore Airlines
LONDON - Uniform krew penerbangan wanita yang digunakan dalam kebanyakan syarikat penerbangan di seluruh dunia didakwa tidak sesuai untuk industri berkenaan terutamanya apabila berdepan dengan situasi kecemasan dan boleh mencetus masalah lain.
Lapor Mail Online, syarikat penerbangan Skymark (Jepun), Cathay Pacific (Hong Kong) dan Qantas (Australia) dikritik kerana menggunakan uniform skirt mini kepada pramugari menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan seksual kerana berpakaian ketat dan seksi.
Carolyn Paddock, bekas atendan penerbangan pesawat komersial berkata, selain dari pakaian, kasut tintti yang dipakai oleh krew wanita juga tidak sesuai kerana boleh mengakibatkan kecederaan akibat terjatuh selain dari menyukarkan pergerakan apabila berlakunya kecemasan.
Tambahnya lagi, kasut tinggi juga boleh menyebabkan gelongsor atau rakit kecemasan yang diperbuat dari getah, bocor.
Syarikat penerbangan Asia seperti Singapore Airlines, Malaysia Airlines, Thai Airways, Malindo dan Garuda Indonesia juga turut menerima kritikan kerana mengenakan kebaya sebagai uniform rasmi.
"Meskipun kebaya itu direka oleh pereka Perancis dan nampak elegan, tetapi uniform itu boleh mendatangkan masalah besar jika berlaku kecemasan. Adakah saya akan memakai kebaya ketika kecemasan? Sudah tentu tidak kerana pakaian itu menyukarkan pergerakan saya," katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA