Kanak-Kanak 6 Tahun Dibelasah Ayahnya Kerana Enggan Beli Rokok
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/kanak-kanak-6-tahun-dibelasah-ayahnya.html
SEREMBAN - Seorang bapa tergamak menumbuk muka dan mendera anaknya berusia enam tahun hanya kerana terlupa membeli rokok yang dipesan olehnya.
Dalam kejadian itu yang berlaku di Sikamat itu, lelaki terbabit mengarahkan mangsa membeli rokok tetapi tidak memberikannya wang. Apabila kanak-kanak terbabit pulang tanpa membawa rokok yang dipesan, lelaki itu menumbuk muka dan memukulnya menggunakan tali pinggang serta menendang dada mangsa sebelum menghalaunya keluar dari rumah.
Mangsa melarikan diri ke rumah jiran dan memberitahu dirinya dibelasah oleh bapanya. Jirannya membuat laporan polis dan kanak-kanak terbabit diselamatkan oleh polis pada jam 11.30 pagi.
Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki terbabit telah ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA