Lelaki Parah Ditetak 5 Penyamun India Bermotosikal
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/lelaki-parah-ditetak-5-penyamun-india.html
Laporan Polis Pengadu
Pada 31.01.2014 pada jam lebih kurang 9.30 malam, saya sedang memandu dari rumah ke Petaling Jaya.
Semasa melalui kawasan simpang tiga lampu isyarat Subang Perdana menghala ke lapangan terbang, telah datang lebih kurang empat lelaki dipercayai berbangsa India menaiki tiga buah kenderaan.
Salah satunya motosikal Scrambler berwarna hijau (nombor kenderaan tidak pasti) dan dua buah Honda EX5 (warna tidak pasti, nombor pendaftaran tidak pasti) dan kesemua mereka tidak memakai helmet telah menahan kenderaan saya jenis Honda EG bernombor pendaftaran BDM2828 warna kelabu.
Mereka membuka pintu kiri dan kanan kereta saya. Semasa saya cuba menutup pintu tersebut, salah seorang daripada mereka telah menetak di bahagian lengan tangan kanan saya dengan benda tajam dipercayai parang.
Mereka mengambil beg sandang milik saya, jenama Piere Cardin warna coklat yang berada di kerusi penumpang sebelah kiri pemandu.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA