Wanita Sangka Bunyi Kerbau Rupanya Bunyi Harimau
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/02/wanita-sangka-bunyi-kerbau-rupanya.html
Bukit Merah: “Alangkah terkejutnya saya kerana bunyi kerbau yang saya sangka, rupa-rupanya harimau belang,” kata seorang penduduk, Salmah Basri, 47, yang mendakwa melihat kelibat binatang itu di halaman rumahnya Kampung Batu 5 1/2, di sini.
Salmah menceritakan detik cemas yang berlaku jam 12 tengah malam pada Khamis lalu apabila dia dan anak perempuannya tidur di dalam bilik masing-masing sebelum terdengar bunyi lolongan anjing berhampiran kawasan rumahnya.
Menurutnya, bunyi itu menyebabkannya terjaga disusuli kedengaran bunyi sesuatu menyelinap di sebalik semak di belakang rumahnya.
““Saya mendengar jelas bunyi seakan-akan sesuatu memijak ranting dahan pokok di belakang rumah saya.
““Dengan perasaan bimbang, saya beranikan diri meninjau keadaan sekeliling halaman rumah dengan menghendap belakang rumah melalui lubang tingkap.
“ “Saya terkejut dengan bunyi ngauman kuat yang saya sangkakan kerbau dan apabila saya melihat kawasan pekarangan rumah, saya dapati bunyi ngauman itu datangnya daripada seekor harimau belang,”” katanya.
Salmah berkata, dia melihat haiwan itu dengan jelas berikutan keadaan malam agak cerah disebabkan fenomena bulan penuh.
Menurutnya, haiwan itu mengaum berulang kali selama beberapa minit diselangi bunyi lolongan anjing yang tidak terhenti sejak awal kejadian.
““Sebaik haiwan itu beredar beberapa minit kemudian, badan saya menggigil dan melihat anak perempuan keluar dari bilik untuk datang mendapatkan saya dalam ketakutan.
““Anak saya memaklumkan terlihat haiwan itu melalui tingkap rumah dan pada malam itu, kami dua beranak hanya mampu berpelukan sambil berdoa kepada Allah agar keselamatan kami terpelihara,” katanya.
Salmah berkata, dia mengenal pasti jenis harimau yang menghampiri pekarangan rumahnya pada jarak 20 meter adalah harimau belang yang mempunyai ketinggian lebih semeter.
Menurutnya, pada malam keesokan harinya, dia dan anaknya terdengar bunyi tapak kaki sesuatu berlegar-legar di pekarangan rumahnya pada waktu kejadian lebih kurang sama iaitu jam 12 tengah malam.
““Pada malam kedua kejadian, saya tidak berani meninjau kawasan pekarangan rumah kerana berasa bunyi tapak kaki itu datangnya dari haiwan sama.
““Seterusnya, pada malam ketiga lebih kurang jam 11 malam, saya hanya terdengar bunyi bising dari kebun sawit yang terletak di belakang rumah.
“Bimbang dengan keselamatan diri dan anak, saya memaklumkan kejadian itu kepada rakan sebelum ia dilaporkan kepada ketua kampung,” ”katanya.
Salmah berkata, sejak kejadian itu, dia bersama anaknya tidak tidur lena berikutan bimbang haiwan itu kembali ke rumahnya.
Menurutnya, selain rumahnya, hanya ada tiga lagi rumah terletak di kawasan berdekatan termasuklah rumah keluarganya.
““Pada mulanya, saya berhajat untuk menetap sementara di rumah keluarga, namun memikirkan keselesaan ahli keluarga lain, saya bertekad untuk terus tinggal di rumah peninggalan arwah suami.
““Selepas kejadian itu, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan penduduk kampung ada melakukan pemantauan di kawasan sawit di belakang rumah untuk menjejaki tapak kaki harimau berkenaan.
““Bagaimanapun, kesan tapak kaki harimau itu tidak dijumpai memandangkan keadaan panas terik ketika ini memungkinkan tanah kering dan kesan tapak kaki tidak terhasil,”” katanya.
Salmah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kehadiran harimau itu ke pekarangan rumahnya untuk mencari sumber air berikutan terdapat gelung takungan air disediakan pemilik kebun sawit untuk kegunaan kebun.
Sementara itu, Pengarah PERHILITAN negeri Fakhrul Hatta Musa ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk kampung.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
