Abby Abadi Akui Belum Sampai Jodoh, Akan Beritahu Jika Sudah Ada
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/abby-abadi-akui-belum-sampai-jodoh-akan.html
Kecoh dan tertanya-tanya seketika peminat Abby Abadi baru-baru ini apabila tindakannya memuatnaik gambar dengan kapsyen yang mengundang persoalan bahawa dia kini bagaikan sudah mempunyai teman istimewa di hati.
“Gosip ‘pernikahan’ itu tidak seperti yang digembar gemburkan. Pernikahan itu suatu benda yang baik. Tiada sebab untuk saya rahsiakan (jika ia benar-benar sudah berlangsung),” kata Abby menjawab persoalan tersebut kepada Harian Metro.
Menurut Abby, lelaki yang sudah dikenali sejak lebih empat tahun itu adalah guru mengaji Al-Quran kepadanya dan juga anak-anak. Sebelum ini, kisah hubungan Abby dengan yang dikenali sebagai Khairul Azli tersebut sudah mencuri tumpuan selepas Abby disahkan bercerai.
“Pening hendak jawab mesej (ucapan) tahniah yang mengatakan saya sudah bernikah. Senang gila (sangat) orang percayakan gosip sedangkan benda itu (pernikahan) tiadalah. Sekali lagi saya ulang, buat masa ini tiada”
“Bila saya jawab tidak (bernikah) di dalam mesej ada pula yang kata saya hendak merahsiakannya. Aduhai, rahsiakan untuk apa? (Hakikatnya) memang tiada. Belum sampai jodoh lagi,” katanya sambil memberitahu bahawa jika sudah ada jodoh, pasti dia akan berkongsikan perkara tersebut.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA