Blogger Tegar Hina Islam Mati Ditetak
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/blogger-tegar-hina-islam-mati-ditetak.html
Dr Avijit Roy, blogger warga Bangladesh - Amerika Syarikat, ditetak mati di tepi jalan oleh sekumpulan militan dipercayai kerana terlalu lantang mengutuk Islam.
Mangsa yang berasal dari Atlanta Georgia maut dalam serangan oleh sekumpulan lelaki yang menggunakan parang pada malam Jumaat di Dhaka. Isteri mangsa turut tercedera dalam kejadian itu.
Kumpulan militan yang dikenali sebagai Ansar Bangla 7 mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu sambil menyifatkan tindakan itu sebagai pembalasan kerana jenayah menentang Islam.
Menurut polis tempatan, pihaknya percaya dua suspek yang mempunyai kaitan dengan Universiti Dhaka turut terlibat dalam kejadian itu.
Ini kerana, kejadian itu berlaku di hadapan universiti berkenaan dan laporan mendapati mangsa pernah diugut bunuh oleh beberapa mahasiswa beberapa tahun sebelum ini.
Dalam ugutan itu, mahasiswa terbabit dilaporkan berkata akan membunuh Dr Avijit sebaik saja menjejakkan kaki ke negara itu.
Polis menemui tiga kesan tetakan kuat di bahagian kepala mangsa serta lkesan luka pada isterinya, Rafida.
Sumber:TheHypeMedia
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA