INFO MENARIK!!

Penjelasan Sains Perdebatan Warna Sebenar Gaun Ini


Pengguna media sosial ramai memperkatakan warna sebuah gaun. Bukan tentang siapa yang memakainya, tetapi kerana warna yang dilihat oleh setiap orang berbeza, memecahkan ke dua kelompok, biru-hitam atau putih-emas.

Satu pendapat di BuzzFeed mendapatkan 72% orang melihat gaun tersebut berwarna putih-emas, sedangkan hanya 28% orang lagi melihatnya berwarna biru-hitam. Total pendapat diperolehi dari keseluruhan 1.5 juta pengguna internet.

Mengapa perdebatan mengenai warna ini terjadi? Berikut adalah paparan dari laman Health24, yang telah ditulis pada Jumaat (27/2/2015).

Pada pendapat anda, gaun ini warna biru-hitam atau putih-emas? (Foto: Health24)

Ketika cahaya masuk ke mata, cahaya akan mengaktifkan sejumlah sel. Di dalam mata terdapat dua jenis sel, sel rod untuk mengetahui terang dan gelap, dan sel kon yang mengambil warna.

Apa yang diterima oleh sel, dihantar dalam bentuk impuls saraf optik ke occipital lobe yang berada tepat di belakang otak. Bahagian otak yang terhubung ke mata bertanggungjawab untuk memproses visual.

Pelbagai pendapat berbeza juga diperolehi untuk menjelaskan mengapa pengamatan terhadap gaun ini sangat berlawanan. Beberapa pendapat lain kerana variasi ratio sel kon di mata. Sel kon mengambil warna merah, hijau, atau biru muda. Anehnya, masing-masing tidak dalam jumlah yang sama.

Untuk yang melihat warna putih dan emas

Ini kerana orang dengan sel kon reseptor biru yang lebih, mengambil lebih banyak cahaya biru yang paling memantul, dan dengan demikian melihatnya putih.

Perbezaan tersebut turut dapat disebabkan oleh apa yang otak fikirkan akan lihat. Apa yang dilihat sebelum melihat gambar tersebut, atau mungkin sebelum ini pernah melihat gaun yang sama. Anda melihatnya sebagai warna putih dan emas. Atau, seperti ketika rakan mengatakan warna yang dilihatnya, sebelum anda melihat gambar tersebut, mampu mengubah seluruh persepsi anda.

Untuk yang melihat warna biru dan hitam

Beberapa ahli, dari Jabatan Opthalmology di Hospital Tygerberg menyatakan bahawa Prof. Meyer dari Jabatan Oftalmologi HOD Tygerberg dan salah satu senior, Dr. A Haarhofd, telah melihat gambar dengan filter merah, filter hijau, dan filter neutral density.

Filter merah memblok cahaya hijau, filter hijau menghalang lampu merah, dan filter neutral density menyesuaikan kontras.

“Kami menemui bahawa filter warna memiliki efek besar pada perubahan warna. Sementara yang mempengaruhi kontras tidak,” kata mereka.

Kemungkinan bahawa orang yang melihat warna hitam dan biru memiliki achromatopsia (buta warna) atau memiliki deutranopia (kekurangan penglihatan warna hijau atau kekurangan penglihatan warna merah).

Namun demikian, beberapa pendapat lain masih dicuba diperjelaskan. Perdebatan turut berlangsung sampai ke ketika ini.

Jadi kami ingin bertanya pada anda, 

Pada Pandangan Anda, Gaun Ini Berwarna Apa?


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

Hiburan 735302585808260437

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item