Bung Moktar Kecewa Dengan Kerajaan Pusat
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/bung-moktar-kecewa-dengan-kerajaan-pusat.html
Ahli Parlimen (BN) Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, pernah terlintas di fikirannya untuk menyokongan gerakan Sabah keluar dari Malaysia apabila mengenangkan nasib negeri di bawah bayu itu dilayan seperti 'anak tiri' oleh kerajaan persekutuan.
Dalam masa yang sama, Bung Moktar juga mempertikaikan elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah & Sarawak jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung.
"Itulah sebabnya, kadang-kadang kita terdengar suara-suara Sabah dan Sarawak berkata, 'lebih baik kita keluar dari Malaysia, dari Semenanjung kerana mereka menganak tirikan kita.'
"Kadang-kadang saya rasa terpanggil (menyokongan gerakan itu) tetapi saya beritahu mereka itu soal lain, pewujudan negara ini berbeza. Tetapi apa yang penting ialah, pihak-pihak yang berwajib harus mengambil iktibar (dari suara-suara ini).
"Memang betul pun. Guru-guru semenanjung yang bertugas ke Sabah dan Sarawak mendapat (Elaun Perumahan Pegawai Kerajaan) sebanyak RM1,500. Tetapi orang Sabah dan Sarawak bertugas ke semenanjung cuma dapat RM750 sahaja. Ini tidak adil, ini betul-betul tidak adil sebab dianaktirikan. Seolah-olah Sabah dan Sarawak ini warganegara kelas kedua.
"Saya tidak tahu ini siapa punya angkara. Saya mahu perkara ini diselesaikan dalam tahun ini. Jangan sampai tahun depan, saya masuk dalam dewan ini dan saya cakap perkara yang sama.
"Sama seperti Ahli Parlimen Sepanggar, sudah lama kami memperjuangkan isu ini. Ahli Parlimen Tuaran pun sudah cakap banyak kali, sampai tak mahu cakap dah sebab sudah bosan.
"Kita dalam dewan ini macam 'NATO'. No Action, Talk Only," katanya yang kecewa dengan tindakan kerajaan pusat yang tidak mengambil berat akan isu yang telah diperjuangkan bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi punca sebenarnya kewujudan gerakan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA