INFO MENARIK!!

Dipercayai Terkena Buatan Orang, Lelaki Terjun Dari Tingkat 3


Subhanaallah, seorang lelaki melayu jatuh dari tingkat tiga depan mata ktiorang tadi di AEON Bukit Tinggi. 

Hubby nampak betul-betul depan mata tme dia jatuh tu. Huby ingatkan kain jatuh, laju-laju dia lari pergi dekat orang tu. Aku pun menyusul dan kami orang pertama yang berani dekat dengan mangsa. 

Mangsa mengelupur, darah banyak keluar tak berhenti dari mulut dan hidung. Tak berani tengok sebenarnya. Kepala confirm pecah. 

Tiba-tiba seorang perempuan dekat escalator menjerit menangis-nangis. Rupanya abang dia. Aku cubalah tenangkan dia. Meraung adik tu. 


Dia cakap, "Itu abang saya. Satu-satunya abang saya. Tadi dia okay. Tiba-tiba dia naik atas dan terus jatuh seolah-olah macam bunuh diri,"

Dia kata abang dia sakit. Aku tanyalah sakit apa, dia kata sakit kena buatan orang. 

Dia cakap tadi abang dia okay. Tak tahu kenapa tiba-tiba macam tu.

Kitorang tak tunggu lama sebab polis dan ambulans dah 'OTW' nak sampai. Lagipun tak sampai hati nak tengok lama-lama. Kitorang masing-masing dah mengigil, lemah lutut. Tak sure mangsa hidup lagi ke tak.


Kasihan sangat-sangat kat adik dia tadi. Mungkin dia bunuh diri bukan kehendak dia, sebab dia sakit. Mangsa pakai selipar jepun je tadi. Minta-minta dia dipanjangkan umur.  - SAKSI KEJADIAN


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 1751009289605484476

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item