INFO MENARIK!!

Dua Beranak Bunuh Perompak Terlepas Hukuman Mati


REMBAU : Dua beranak terlepas hukuman mati apabila pihak pendakwaan menukar pertuduhan terhadap mereka daripada membunuh kepada menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba merompak mereka bulan lalu.

Moo He Hong, 56, dan anak lelakinya Moo Wee Keong, 28,bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicara atas pertuduhan itu.


Mengikut pertuduhan mereka didakwa dengan niat bersama melakukan satu perbuatan gopoh sehingga menyebabkan kematian Chan Boon Poh, 42, berhampiran rumah No A113 Kampung Baru Cina Tambahan, Air Kuning Selatan,dekat Gemencheh, Tampin.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 akta sama memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan kes untuk sebutan semula pada 30 April depan di Majistret Gemas.

MOO He Hong (kanan) dan anaknya Moo Wee Keong ditemui di luar mahkamah, hari ini

Beliau membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,500 setiap seorang dengan penjamin rakyat Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya Sara Afiqah Zulkipli melakukan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam bela Gobind Singh Deo.

Pada 10 Mac lalu ketika kali pertama dituduh di mahkamah sama, dua beranak terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 kerana membunuh mangsa.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 639443577057646355

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item