INFO MENARIK!!

Pelajar Politeknik Maut Jatuh Bangunan


NILAI – Seorang penuntut lelaki Politeknik Nilai maut akibat terjatuh dari tingkat empat asrama lelaki pada jam 9.45 Selasa malam.

Mangsa, R Ramaneswaran, 19, pelajar tahun pertama di politeknik itu, meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan polis mendapati sebelum kejadian, mangsa yang menghuni bilik di tingkat dua bangunan itu naik ke tingkat empat untuk menemui rakannya.

Katanya, disebabkan rakannya tiada di bilik kerana pergi ke kantin, mangsa dikatakan duduk di atas tembok sambil bersandar di dinding dengan sebelah kaki terjuntai di luar bangunan.

“Ada saksi melihat ketika itu mangsa sedang bercakap di telefon dan tiba-tiba tidak dapat mengawal imbangan badannya lalu terjatuh dari ketinggian 12 meter.

“Mangsa mengalami cedera di kepala, patah tulang rusuk,” katanya dihubungi di sini.

Abdullah berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 8950202091731723658

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item