Gambar Nazim Othman Selepas Menjalani Pembedahan Otak
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/gambar-nazim-othman-selepas-menjalani.html
KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan Nazim Othman menghidap kanser otak semakin kuat diperkatakan berikutan tindakan berani pelakon itu berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dihadapinya menerusi Instagram.
Terbaru, Nazim menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar yang memaparkan kepalanya yang sudah dibotakkan dengan kesan jahitan seperti baru selesai menjalani satu pembedahan.
Artikel Berkaitan:
Status-Status Sedih Nazim Othman Selepas Disyaki Hidap Kanser Otak
Sehingga kini, Nazim masih lagi berdiam diri, tidak memberi sebarang kenyataan atau komen kepada pihak media, namun dia hanya berkongsi kisah hidupnya menerusi Instagram.
Menerusi kapsyen gambar itu, Nazim meminta ruang diberikan kepadanya buat masa ini dan meminta maaf kerana tidak dapat berkongsi banyak tentang apa yang dilaluinya sekarang.
“Saya beritahu bahawa bukan senang untuk membenarkan orang lain membuka tengkorak untuk melakukan pembedahan otak meskipun ia untuk kebaikan saya.
“Oleh itu, berikan saya ruang. Jika awak tidak boleh memperkatakan perkara yang baik dan positif, saya hargai sekiranya awak berdiam diri sahaja. Semoga Allah merahmati awak semua, amin,” katanya.
Difahamkan, Nazim dikatakan menghidap penyakit di bahagian kepala tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan yang mengatakan dia menghidap kanser. – TRP
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA