Khairy Dituduh Tak Akan Masuk Kelantan Jika Laksana Hudud
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/khairy-dituduh-tak-akan-masuk-kelantan.html
NAMPAKNYA fitnah menerusi media sosial semakin menjadi-jadi.
Ramai yang menjadi mangsa akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk melunaskan agenda merea.
Terbaru Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar difitnah menerusi laman web Berita Harian Online palsu yang tertera tajuk berita ‘Hudud Kelantan: Kalau Lulus Saya Tak Akan Masuk Kelantan’.
Kandungan berita itu turut menyebut Ketua Pemuda UMNO itu yakin motif Pas dalam melaksanakan hudud di Kelantan adalah untuk memerangkap ramai pemimpin UMNO yang penuh skandal termasuk dirinya sendiri.

Berita tersebut tersebar luas sehingga menimbulkan reaksi Khairy Jamaluddin. Beliau memuat naik status di laman Twitter sebagai berkata, berita tersebut adalaj fitnah. “Fitnah. Haha. Nak tipu pun agak2 la,” katanya.
Menjawab cadangan supaya beliau menyaman pihak yang membuat fitnah itu, Khairy Jamaluddin berkata, siapa yang boleh beliau saman kerana fitnah tersebut dibuat dalam talian dan agak sukar untuk mengesan orang yang bertanggungjawab.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
