[Video] Ahli Gusti Maut Ketika Beraksi
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/video-ahli-gusti-maut-ketika-beraksi.html
MEXICO: Seorang ahli gusti Mexico maut dengan tragis dalam gelanggang pertarungan berikutan aksi lagak ngeri.
Apa yang dikesali, pertarungan tersebut masih diteruskan di sekitarnya meskipun ahli gusti tersebut telah terbaring lapor portal Mirror.co.uk.
El Hijo del Perro Aguayo, 35, dipercayai meninggal dunia serta-merta selepas mengalami kecederaan pada leher ketika kepalanya terkena tali tepi gelanggang semasa pertarungan berpasukan di Tijuana pada Jumaat.
Insiden itu seolah-olah tidak berbahaya dan rakan-rakan ahli gusti Rey Mysterio Jnr, Manik dan Xtreme Tiger meneruskan pertarungan tersebut dengan tidak menyedari rakan sepasukan mereka mereka tidak sedarkan diri dan tidak memberikan respon balas.
Ia mengambil masa beberapa minit sebelum seorang kakitangan menyedari keadaan serius yang berlaku dan segera memaklumkan pasukan perubatan.
Selepas itu barulah Aguayo Jr yang merupakan anak kepada ahli gusti legenda Perro Aguayo dikeluarkan daripada arena pertarungan, dan diletakkan di atas papan lapis.
Penganjur telah dikritik kerana tragedi itu, kerana tidak menyediakan tempat tidur tambahan kerana ia telah digunakan untuk merawat ahli gusti lain dengan kecederaan tulang belakang.
Doktor berusaha untuk memulihkan Aguayo Jr tetapi dia disahkan meninggal dunia sejam kemudian.
Anda boleh terus ke minit 6.15 untuk melihat bagaimanda kejadian berlaku
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA
