Seperti Dijangka, Akhirnya Nurul Izzah Turut Ditahan
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/03/seperti-dijangka-akhirnya-nurul-izzah.html
SEKILAS PANDANG: Jadi tindakan keras di bawah Akta Hasutan 1948 diteruskan dengan penangkapan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini (16 Mac).
Ini tidak menghairankan jika dilihat dari modus operandi polis dalam menangkap pemimpin Pakatan Rakyat dengan alasan memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan mereka mengenai kesalahan lain.
Ahli parlimen Lembah Pantai itu telah ditahan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada jam 3:30 petang ini, apabila dia datang untuk memberi kenyataan berkenaan kaitannya dengan perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac.
"Saya telah ditahan di bawah perintah penolong pengarah kanan D5 (Unit Khas Rahsia) Bukit Aman,” tulisnya dalam sepucuk ‘tweet’.
Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasah bersama-sama dengan pemimpin Pakatan Rakyat lain.
Portal dalam talian The Malaysian Insider melaporkan bahawa pada kira-kira jam 2.30 petang, Nurul Izzah memberitahu pemberita yang beliau telah dimaklumkan bahawa dia akan disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, menyertai senarai yang semakin panjang pemimpin-pemimpin dan penyokong Pakatan yang disiasat di bawah undang-undang yang sama.
Walaupun selepas bersetuju untuk datang ke balai polis hari ini, Nurul Izzah berkata yang ASP Muniandy telah datang mencari beliau di rumah ayahnya di Segambut pada hari Jumaat.
Penangkapan beliau hari ini berikut laporan yang dibuat oleh bekas Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkifli Noordin pada 12 Mac, yang mendakwa bahawa terdapat kecenderungan menghasut dalam ucapannya ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja di Parlimen pada minggu lepas.
Agensi berita nasional Bernama memetik Zulkifli sebagai berkata bahawa kritikan Nurul Izzah kepada badan kehakiman adalah "sangat menghina" kerana dia telah menuduh ahli-ahlinya "menjual jiwa mereka kepada syaitan" untuk menegakkan sabitan ayahnya atas dakwaan liwat.
Zulkifli juga berkata yang laporan polis telah dibuat atas alasan bahawa Nurul Izzah telah menyentuh mengenai perkara-perkara yang telah dikecualikan daripada imuniti parlimen.
Portal atas talian Malaysiakini sementara itu, memetik Sivarasah sebagai berkata (terjemahan): "Prinsip asas di Parlimen ialah ahi-ahli parlimen mempunyai imuniti. Tanpanya tidak akan ada Parlimen itu."
"Mungkin mereka patut bubar saja Parlimen, dan menggunakan rejim autoritarian, dan bukannya demokrasi," kata ahli parlimen Subang itu.
Di media sosial, pengkritik undang-undang lapuk itu mengutuk penahanan Nurul Izzah sebagai tidak perlu dan keras.
Menurut Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, Nurul Izzah akan ditahan semalaman di lokap balai polis Jinjang dan perbicaraan tahanan remannya telah ditetapkan pada esok ham 10:00 pagi (17 Mac).
Aktivis, Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh yang ditahan pada 14 Mac berkaitan dengan perhimpunan Kita Lawan, pada masa ini juga ditahan di lokap Jinjang selepas polis mendapat perintah reman terhadap mereka selama tiga hari.
Selain daripada tindakan keras ke atas Kita Lawan yang menyaksikan Nurul Izzah menjadi pemimpin Pakatan Rakyat yang ketujuh disiasat di bawah PAA, penahanannya juga meletakkan beliau di nombor 85 dalam senarai tindakan hasutan pentadbiran Najib.
Akhbar harian Bahasa Inggeris The Star hari ini (16 Mac) melaporkan bahawa empat orang lelaki – aktivis Azrie Situ, 25, Suleiman Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29 – telah didakwa kerana menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu kerana memiliki bahan-bahan yang berkaitan dengan hak-hak negeri dalam Persekutuan.
Keempat-empat mereka, yang mengaku tidak bersalah, adalah antara sembilan yang ditahan di Tamu Tuaran pada jam 09:50 pagi 1 Februari kerana memiliki bahan yang didakwa menghasut, yang menurut polis dikaitkan dengan sebuah laman sesawang, Sabah Sarawak Keluar Malaysia.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA