INFO MENARIK!!

Surat Perakuan Nikah Anak Najib Di Laman Sosial Adalah Palsu

Surat perakuan nikah palsu disebabkan beberapa maklumat yang tidak tepat di dalamnya

Surat perakuan nikah anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dan suaminya, Daniyar Kessikbayev yang tersebar luas di media sosial adalah palsu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Paimuzi Yahya berkata, surat perakuan nikah tersebut adalah palsu disebabkan beberapa maklumat yang tidak tepat di dalamnya.

Menurutnya, maklumat mengenai mas kahwin serta jumlah hantaran dalam surat berkenaan adalah tidak benar seperti yang disebarkan.

“Di samping itu, sijil berkenaan tidak ditandatangani oleh pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai penyebaran surat berkenaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial.

Jelasnya, Jawi turut mengemukakan surat perakuan nikah yang sah bagi bagi menangkis penyebaran surat palsu berkenaan.

Nooryana Najwa dan Daniyar Kessikbayev sah menjadi suami isteri apabila selamat dinikahkan di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

Najib menyempurnakan sendiri akad nikah berkenaan yang mana Daniyar melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Malaysia.

Dua orang adik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohamed Nizam merupakan saksi dalam akad nikah berkenaan.


KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

POLITIK 7741659687193725270

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item