INFO MENARIK!!

Tentera Iraq Balas Dendam, Dera Dan Penggal Kepala Kumpulan ISIS


BAGHDAD 14 Mac - Tentera Iraq bertindak memuat naik gambar dan video di laman sosial sehingga mengejutkan ramai pihak apabila memaparkan bagaimana mereka mendera dan memenggal kepala tahanan penjara yang merupakan anggota kumpulan militan Negara Islam (IS).

Laman web Mirror.co.uk melaporkan, gambar dan video berkenaan telah dimuat naik oleh anggota Pasukan Khas Iraq beberapa hari lalu, yang melancarkan sera­ngan terhadap kumpulan militan berkenaan di negara ini.

Satu akaun Instagram dimiliki pengguna bernama Iraqi_lion18, dilihat memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan kepala yang dipenggal daripada badan.

Pengguna laman sosial itu turut memuat naik status yang menunjukkan bagaimana mereka mahu membalas dendam selepas militan IS membunuh beratus-ratus orang anggota kadet tentera di Kem Speicher, berhampiran Tikrit, Jun lalu.

Bagaimana, sehingga kini tiada pihak dapat memberitahu bila gambar dan video berkenaan diambil dengan pegawai atasan tentera, anggota politik, dan pakar hak asasi manusia berkata, apa yang dimuat naik merupakan bahan bukti kepada kejadian jenayah perang di Iraq.

Sementara itu, jurucakap tentera Iraq, Jeneral Saad Maan berkata, pihaknya akan melakukan siasatan terhadap imej terbabit.

“Kami akan lakukan siasatan kerana tiada apa yang perlu kami selindungkan,” jelas Saad. - Agensi

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 8794753852915586676

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item