INFO MENARIK!!

Helikopter Meletup Di Udara, 6 Maut Termasuk Orang Kenamaan


Sebuah helikopter korporat AS365N2 Dauphin telah terhempas di Semenyih, kira-kira 40km dari Kuala Lumpur. Enam orang dilaporkan berada dalam helikopter malang itu, termasuklah bekas menteri yang juga bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaluddin Jarjis. Kapten Cliff Fournier adalah juruterbang pesawat terbabit.


Enam orang yang berada dalam helikopter itu adalah seperti berikut:

1. Kapten Cliff Fournier

2. Jamaluddin Jarjis

3. Robert Tan Chung Ming, Pengarah Urusan Kumpulan IGB Corporation

4. Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri

5. Cik Ajdiana Baiziera

6. En. Raskan

Kesemua mereka disahkan telah meninggal dunia.


Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat (JBPM).

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.

"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

KEMALANGAN 2688761699344991196

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item