Najib Bertindak Lebih Seperti Maharaja Daripada PM, Kata Bekas Menteri
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/04/najib-bertindak-lebih-seperti-maharaja.html
Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti maharaja kaya dan tidak berasa perlu untuk bertanggungjawab atas tindakannya atau menjelaskan apa-apa kepada sesiapa walaupun kritikan sengit ditujukan terhadap tadbir urusnya dan beberapa dasar kerajaan itu.
Datuk Seri Najib Razak bertindak lebih seperti maharaja daripada seorang perdana menteri, kata bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim, menambah asakan kepada suara yang mendesak beliau meletak jawatan.
Menulis di dalam blognya hari ini, Zaid berkata, Najib seperti maharaja kaya dan tidak berasa perlu untuk bertanggungjawab atas tindakannya atau menjelaskan apa-apa kepada sesiapa walaupun kritikan sengit ditujukan terhadap tadbir urusnya dan beberapa dasar kerajaan itu.
“Najib berpendapat beliau Louis XIV. Raja Perancis terkenal yang dengan bangganya mengisytiharkan beliau ialah negara Perancis itu (L’etat cest moi), bermakna apa sahaja yang beliau katakan ialah undang-undang dan kuasa lain tidak dihiraukan.
“Tiada siapa boleh atau berhak menyoal beliau. Beliau menghabiskan wang negara sesuka hatinya dan tidak menjawab kepada sesiapa, walaupun kepada pihak berkuasa. Arahannya dituruti dan penyokong setianya hidup makmur,” beliau menulis.
Beliau berkata, dengan cara yang sama, Najib ialah “maharaja pertama” negara ini.
“Dia sangat kaya kerana, seperti Louis XIV, beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan, seperti yang didakawa pejabatnya,” kata Zaid.
Beliau merujuk satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang kekayaan Najib datang dari warisan keluarga susulan laporan The New York Times mengenai anak tiri beliau, Riza Aziz, yang membeli hartanah mahal di New York City.
“Apabila adik-beradiknya bersuara, mengatakan arwah bapa mereka – perdana menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak – tidak kaya, Najib tidak menjelaskan dari mana beliau memperolehi wang itu.
“Dia tidak peduli untuk memberitahu orang ramai berapa banyak hartanya, kerana seperti maharaja, dia tidak perlu untuk menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun,” katanya.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA