PKR jamu Pengundi Permatang Pauh ‘Lobster’ Tanda Protes GST
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/04/pkr-jamu-pengundi-permatang-pauh.html
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali memanggang udang di bilik gerakan PKR di Kampung Jalan Baru, Permatang Pauh untuk diedarkannya kepada orang ramai di kawasan berhampiran. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan berlainan dalam kempen pilihan raya kecil PKR hari ini dengan menghidangkan udang kara (lobster) dalam satu majlis buat sebilangan pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Dinamakan “Majlis Jamuan Tanpa GST”, Azmin dijangka akan memanggang udang itu di bilik gerakan PKR di Kampung Jalan Baru, Permatang Pauh sebelum mengedarkannya kepada orang ramai di kawasan berhampiran.
Majlis ini sebagai memenuhi janji Azmin pada 26 April yang mahu menjamu orang ramai dengan udang kara kerana ia “makanan orang kaya yang dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)” dan rakyat kini “dapat memakannya kerana tidak dikenakan GST.”
Azmin dan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba pada bila-bila masa sekarang di bilik gerakan PKR itu bagi memulakan majlis.
Turut menyertai Azmin dalam jamuan ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA