Tun Mahathir Dedah Sirul Juga Pernah Berkhidmat Sebagai Pengawal Peribadinya
https://selamanyaviral.blogspot.com/2015/04/tun-mahathir-dedah-sirul-juga-pernah.html
Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa merujuk kepada kes pembunuhan misteri Altantuya Shaaribuu yang mayatnya diletupkan bagi menghapuskan bukti sehingga cebisan dagingnya terpelanting tersangkut diranting pokok.
Komentar Berita: Di pihak Sirul si pembunuh pula kenyataannya yang paling menyentuh ialah jika beliau mati rohnya tidak akan tenang dan orang yang mempunyai motif masih bebas.
Nampaknya dengan momentum desakan kes pembunuhan Altantuya ini dibuka semula jika semakin besar kemungkinan Sirul Azhar Umar akan ditukar hukuman beliau dari mati ke penjara seumur hidup bagi membolehkan beliau diekstradisi ke Malaysia.
Menurut laporan media permohonan ekstradisi masih belum dilakukan pun.
Aneh juga Sirul enggan bercakap siapakah sebenarnya yang mengarahkan beliau sehingga hari ini sehingga IGP sendiri menurut laporan Malaysiakini mendakwa Sirul terdesak dan dicabar mendedahkan semua manakala di pihak Sirul pula mencabar penguasa mendedahkan fail perisikan.
Tun Mahathir pula berkata Sirul terlalu takut untuk bercakap menceritakan hal sebenar.
Aneh juga Sirul telah diberi 3 peringkat perbicaraan dan boleh mendedahkan kesemuanya waktu itu namun memilih berdiam diri menurut IGP.
Keanehan lainnya bagaimana Sirul boleh lolos keluar negara dan ultra aneh ketiadaannya rekod kemasukan Altantuya yang jika anda baca laporan blog blog dikatakan ia berpunca dari begitu banyaknya pasport yang dimiliki Altantuya atau Aminah nama yang diberi oleh Razak Baginda.
Akhirnya jika benar Sirul ini bertindak seperti robot pembunuh dibuktikan bahawa beliau menurut keterangan mahkamah tidak mengenali Altantuya dan hanya menggelarnya ‘perempuan cina’
Laporan TMI pula Ku Nan memegang kepada justifikasi bahawa Najib tidak kenal Altantuya melalui sumpahnya di masjid; berbanding Anwar yang enggan bersumpah kes liwat.
Sirul tidak kenal Altantuya dan yang kenal cuma Razak Baginda tetapi Razak menurut PI Bala mahukan dirinya mengawasi Altantuya dan pastikan Aminah tidak diapa apakan.
Polis dakwa sudah bertemu Sirul di Australia manakal Sirul pula nafi ada berjumpa dengan pihak polis di sana dalam perbualan telefon dengannya yang dilakukan portal Malaysiakini.
Zahid KDN pula menyentuh soal setia di zaman Tun Mahathir.
Khairy mahu pihak dipersoal menjawab.
Pemuda Umno Wilayah merayu Tun M sokong kembali dan sempat mengungkit salah silam ayahanda Tun M.
Akhir kalam: Sebagaimana juga akta hasutan taglinenya ‘jangan takut jika anda tidak berbuat kesalahan’ mengapa tidak disiasat kembali aduan dakwaan terbaru Sirul ini? Laporan polis juga telah dibuat oleh pemuda PAS mahu siasatan atas dakwaan Tun Mahathir.
Bola dikaki siapa sekarang?
Tanpa mahu jauh sekali menuduh sesiapa moga akan ada inisiatif ekslusif untuk kasus ini diketengahkan kembali agar semuanya mati aman dalam iman tentunya Ayahanda Tun Mahathir mahu mencari khusnul khotimah dalam hal hak dan adil di hujung hayatnya begitu juga semua muslim.
Manakala blogger budak budak Umno baru hidup yang menggelar beliau nyanyuk kerana cetusan persoalan ini adalah manusia [maaf] bodoh bangang yang tidak tahu menilai dan mengenang.
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA