INFO MENARIK!!

9 Tanda Apabila Lelaki Jatuh Cinta Dan Sukakan Anda!


Cinta hadir tanpa dipaksa. Tetapi bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda apabila lelaki jatuh cinta dan sukakan seseorang.

Lebih-lebih lagi, jika lelaki tersebut merupakan crush anda yang selalu anda curi-curi pandang.


1. Mengambil berat tentang anda

Jika si dia sering mengambil berat tentang anda dan sering bertanya mengenai kesihatan anda, mahupun risau mengenai makan minum anda, itu tandanya dia sudah jatuh cinta pada anda. Apabila kamu sakit, pasti dia yang kelam-kabut nak membawa kamu ke klinik. Jika perkara tersebut terjadi, itu bermakna 90% si dia sudah menaruh hati pada anda.


2. Tidak mudah marah pada anda

Jika si dia sabar menghadapi kerenah anda, walaupun anda bertindak bodoh atau melakukan kesalahan, itu tandanya si dia memang sukakan anda. Si dia tetap bersabar dan memberi nasihat kepada anda untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut lagi.


3. Cemburu bila anda bersama lelaki lain

Cemburu tandanya sayang. Kalau dah namanya jatuh cinta, pasti akan ada perasaan cemburu apabila melihat anda berada dekat dengan lelaki lain. Cuba anda perhatikan wajah si dia tiap kali anda bercakap dengan lelaki lain.


4. Curi-curi pandang

Bila dah jatuh cinta, pasti si dia akan curi-curi pandang orang yang sudah mencuri hatinya. Jika terlalu kerap dia melakukan sedemikian, pasti anda berdua secara tidak sengaja akan terpandang satu sama lain. Jadi, berikan senyuman manis anda dan biarkan si dia menjadi tidak keruan.


5. Sentiasa bersetuju dengan pendapat anda

Jika si dia seorang yang tegas, tetapi menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda dalam sesuatu perbincangan, itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.


6. Selalu memuji anda

Si dia sentiasa memuji anda walaupun sudah berkali-kali dia mengatakan sedemikian. Bukan itu sahaja, jika si dia tidak kisah dengan PERSONALITI anda dan menerima anda seadaanya, memang sah si dia sudah gila bayang dengan anda.


7. Sanggup melakukan perkara gila-gila untuk anda

Cinta membuatkan kita jadi gila. Kalau si dia sanggup melakukan perkara gila atau memalukan dirinya semata-mata untuk menarik perhatian anda, maknanya dia memang ada hati pada anda.Kalau tidak, takkanlah dia sanggup melakukan perkara memalukan untuk anda.


8. Sering bertanya tentang diri anda

Jika si dia sanggup tebal muka di hadapan rakan-rakan anda semata-mata untuk mengetahui tentang diri anda, memang sah si dia sudah jatuh cinta. Buat apa la bersusah payah untuk bertanyakan tentang seseorang jika tidak ada apa-apa perasaan kan?


9. Sering menghubungi anda

Antara cara lain untuk si dia mendekati anda adalah menerusi telefon. Jika si dia kerap menghubungi kamu tanpa sebab itu tandanya si dia sudah jatuh hati pada anda. Baginya, suara anda membuatkan hidupnya lebih ceria. Jadi, jika ianya berlanjutan hingga ke tengah malam, faham-faham je la okay!

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Artikel Berkaitan

isu semasa 4959155283466637638

Post a Comment

Tips Menarik

Artikel Panas

item